Thursday, May 28, 2009

Where is Naka?

. Thursday, May 28, 2009

Naka adalah sebuat kawasan kecil yang terletak di Daerah Padang Terap di Negeri Kedah Darul Aman. Kawasan Naka dikelilingi dengan kawasan perbukitan. Naka berhampiran dengan Pokok Sena, Pedu dan Kuala Nerang. Terdapat beberapa buah kampung dikawasan Naka antaranya Kampug Pong Selatan, Kampung Baru Naka, Kampung Bedikari, Kampung Bendang Tok Teri, Kampung Kubang Juluk, Kampung Padang Kerasak, dan Kampung Masjid. Masyarakat yang mendiami kawasan2 sekitar naka terdiri daripada Bangsa Melayu 75%, Bangsa Siam 20%, Bangsa Cina dan India 5%. Kebanyakan generasi tua penduduk kampung disekitar Naka berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa Siam kampung.

Berdasarkan temubual saya bersama En. Abd Rahman Awang, nama Naka itu sendiri sebenar diambil dari bahasa Siam iaitu Na Kha yang membawa erti bendang (sawah) lengkuas. Bahasa penduduk berbangsa Siam disini tidak seperti Penduduk siam Negara Thailand. Bahasa Siam Malaysia atau siam kampung ini lebih simple jika dibandingkan dengan bahasa Siam Thailan. Sebagai contoh, perkataan Ban bagi penduduk berbangsa Siam di Naka ini membawa erti kampung. Tetapi bagi penduduk Siam Thailand Ban tersebut dispesifikkan sebagai tanah.

Disini saya meletakkan sebuah gambar peta Negeri Kedah yang menanda lokasi Naka. Moga suatu hari nanti Naka boleh membangun apabila anak2 Naka kembali berbakti kepada kawasan tanah tumpah darah sendiri.

wassalam...

~naka~

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com